Thursday, February 6, 2014

5 Tanda Orang Itu Betul-Betul Sayang


cemburu bila kita dekat dengan orang lain. 
suka usik kita bila kita tengah bosan. 
marah kita bila buat salah. 
suka bermanja-manja
suka pandang kita lama-lama



Friday, December 27, 2013

HIMPUNAN NOTA PADAT OUM

Ni adalah himpunan nota-nota padat yang saya gunakan sepanjang pembelajaran di Open University, Melaka. Hanya subjek yang diambil oleh saya sahaja saya sertakan nota di sini. Harap membantu korang yang sedang berusaha mencari nota-nota padat ini untuk menduduki exam semester. Ada yang saya buat sendiri dan ada yang saya dapati hasil carian saya di google. Saya akan update nota ini dari masa ke semasa. 

Cara nk download, klik sahaja subjek di bawah ini dan ikut arahan seterusnya.

Semester 4



Thursday, December 26, 2013

Sambung Belajar di Open University Malaysia

Salam semua,



Dah lama tak update blog ni. Hari ni tetiba je rasa nak update sebab teringat dah genap setahun sambung pelajaran peringkat degree. Banyak benda dan perkara yang saya nak kongsikan kat blog ni. Bila dah setahun sambung belajar semula ni, macam-macam perkara yang saya dah lalui. Ada yang pahit dan ada yang manis. Tapi rasanya banyak yang pahit kot sebab saya belajar sambil bekerja sebagai guru.

Saya bertuah kerana terpilih mengikuti program pensiswazahan guru di Open University Malaysia cawangan Melaka. Ini bermakna saya tidak perlu mengeluarkan apa-apa yuran pun untuk pengajian ini kecuali bayaran untuk modul RM120 sahaja setiap semester kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kat OUM ni ada 12 semester untuk menamatkan pengajian. Setiap tahun ada 3 semester perlu dihabiskan.

Antara keistimewaan mengenai belajar di OUM seperti yg sy rasai dan lalui adalah seperti berikut :

  • Ada modul untuk setiap subjek. Student x yah susah payah nak beli buku kat kedai buku lg. Student perlu bayar RM120 setiap semester untuk modul ini.
  • Soalan exam sebijik keluar dr modul. Takkan lari dr modul. Kalau x baca, x dpt jwb dengn baik..hehehe
  • Sistem Myvle yang sentiasa diupdate memudahkan student nak melihat perkembangan pembelajaran seperti markah asemen, result exam, daftar subjek, drop subject dll la.
  • Suasana pembelajaran pun selesa sebab kita boleh pilih masa kelas yang kita suka. Juga boleh pilih nak sama kelas dengan rakan kita.
  • Kelas semua hari Ahad dari sem 1 – sem 4. Tapi bila dh sem 5, kelas sy pada hari Sabtu dah.
  • Dah dapat jangka bulan exam iaitu bulan April, Ogos & Disember. Pandai-pandai le nak rancang gi bercuti ke ape ke.
  • Nota ringkas boleh didapati dengan mudahnya kat internet yang dikongsi oleh rakan-rakan lain.



Itu je la yang saya dapat kongsi setakat ni. Nanti saya sambung lagi jika ada yang menarik pada masa akan datang. Insya Allah dalam masa terdekat ini, saya akan upload semua nota yang saya gunakan sepanjang belajar di OUM ni untuk dikongsi dengan orang lain. Ada nota yang saya dapat kat internet dan ada yang saya buat sendiri jer. Harap ianya akan membantu korang jika sama subjek dengan saya.
 

blogger templates | Make Money Online